salam

halaman utama

Monday, May 10, 2010

Mutu pengadilan bolasepak liga Malysia

Salam....sebelum aku nak mengulas isu ini panjang lebar lagi,aku nak ucapkan tahniah kepada pengadil Malaysia(subkidin mohd salleh)yang berjaya "melayakkan" diri ke piala dunia 2010 di Afrika Selatan.Mungkin ini sajalah yang dapat dibanggakan oleh rakyat Malaysia di piala dunia.Utk mengharapkan pasukan Malaysia layak ke piala dunia,emmm........entah bila la impian nak jadi kenyataan.Dan tahniah jugak kepada FAM kerana mengantung 4 pengadil atas kecuaian mengadili perlawanan liga Malaysia.
Oklah....tak payah la hendak terus berbangga dengan secebis kejayaan tersebut.Kembali dengan isu pengadilan di liga Malaysia.Aku rasa memang isu pengadilan ini tak pernah nak "settle2".Memang la pengadil ni manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan.Aku tak nafikan,pengadil dunia pun ada melakukan kesilapan.. lau tak,takkan pasukan Perancis boleh layak ke piala dunia 2010 atas bantuan tangan Thierry Henry.Maradona pun dapat "anugerah" tangan emas dek sesaat kesilapan pengadil.Tetapi kesilapan yang dilakukan oleh pengadil negara kita ni aku rasa terlalu remeh.dan aku rasa kalau diberikan tugas tu kepada budak2 sekolah pun boleh jalankan tugas dgn baik.
Isu pengadil ni sebenarnya merujuk kepada perlawanan liga super antara Selangor menentang Johor FC yang berlangsung di Shah Alam(Astro arena ada membuat secara langsung perlawanan tersebut).Dan aku rasa satu Malaysia pun tau kot..... Hampeh la sikit ngan kekalahan Johor fC ni.Sebab aku ni penyokong Johor FC...... Menyentuh mengenai gol pertama Johor FC yang dibatalkan,bagi aku dan peminat bola yang tengok secara langsung di tv bersetuju ngan aku tiada berlaku kesalahan dalam situasi tersebut.Tiada offside yang berlaku malah golkeepper Selangor sedikit pun tidak dikasari.Dan linesman mengangkat bendera menyatakan ada berlaku kesalahan dalam situasi tersebut.HEY...linesman, ape lah alasan yang ko nak berikan dalam situasi tersebut.dah sah2 linesman ni melakukan kesilapan budak tadika.jagan la ko tunjuk "kebodohan" tu.
Satu lagi kesilapan bodoh yang dilakukan pengadilan pada perlawan tersebut semasa Selangor memperolehi sepakan penalti.Sebelum tu aku nak ucapkan syabas utk player Selangor(Shafiq Rahim)"lakonan" anda sungguh berkesan.Nanti aku usulkan kat FAM supaya wat anugerah "pelakon"terbaik perlawanan.Aku akui memang ada sedikit sentuhan dari player Johor FC,dan Shafiq sudah melepaskan diri.tetapi selepas tu Shafiq dgn sengaja menjatuhkan diri.dah la bola jauh dari kaki..... pengadil yang berada di belakang situasi tersebut terus meluru dan melayangkan kad kuning kepada player Johor FC
(Aku ingatkan nak bagi player Selangor kad kuning)Seterusnya memberikan sepakan penalti kepada Selangor.Yang menjadi persoalannye pengadil yang berada berdekatan situasi tersebut tak nampak "lakonan" dari Shafiq atau pengadil tertidur semasa kejadian tersebut.
Wahai pengadil2 bola sepak di Malaysia.Jangan la tunjukkan sangat kelemahan pengadilan di Malaysia.Apa gunanye FAM buat banyak kursus pengadilan,kalau mutu pengadilan seburuk ini.Jangan hanya teori saja yang dapat dilakukan dgn berkesan.tapi praktikkan la di tengah padang,agar penyokong yang hadir setiap perlawanan tak menjerit "reff" bodoh,kayu dan sebagainye.Diharap adalah perubahan dimasa akan datang mengenai mutu pengadilan di Malaysia.........OK

2 comments:

  1. minat betul bro ngan bola malaysia yer?semoga bola malaysia terus maju...

    ReplyDelete
  2. x la minat sangat,boleh la.... cume frust sikit tentang mutu bola sepak kite...malu la ngan kesilapan bdk sekolah

    ReplyDelete