Salam... Pasukan Brazil di piala dunia dari awal lagi sudah memberi pendekatan kurang mesra dan suasana meriah bersama media.Pihak pengurusan pasukan Brazil tidak mahu pemain dibuai tumpuan berlebihan oleh pihak media."Tumpuan akan hanya datang apabila kejuaraan digapai",kata Dunga.Dan bagi episod pasukan badminton Malaysia yang gagal di Thomas Cup menyalahkan media berikutan liputan yang meluas tersebut menjadi punca kegagalan skuad tersebut.
Masalah yang ditimbulkan oleh kedua2 pasukan ini sama kerana melibatkan media.Cuma bezanya Brazil tidak mahu kegagalan di piala dunia nanti akan melibatkan pihak media.Berlainan pulak dengan pasukan badminton negara yang telah menyalahkan media apabila tumpas di Thomas Cup.Brazil mungkin nampak dan mengkaji episod lepas mengenai kegagalan mereka di Jerman 2006 disebabkan suasana meriah bersama pihak media.Tetapi tidak bagi pasukan badminton negara yang tidak mengkaji kegagalan sudah.Pasukan negara hanya menyalahkan media setelah tumpas di Thomas Cup.Ini sekaligus menampakkan kelemahan dari pihak pengurusan badminton negara yang langsung tidak membuat kerja rumah mengenai kegagalan lepas.hanya mudah menyalahkan pihak lain atas kecuaian sendiri.sekian.
No comments:
Post a Comment