salam

halaman utama

Monday, May 31, 2010

Makan malam di KFC

Salam...menu malam ni adalah KFC,hehe... xde la sebenarnye dah lame x bawak anak2 makan kat lua.ingatkan nak makan kat kedai biase2 je.tapi hero aku 2 orang ni ngajak g kfc la pulak,terpaksa la layan diorang.kemain suke anak aku dengar nak g kfc.maklum la dah lame x g kfc. ini je menu malam ni wauuu..hero aku no 2 ni,nampak sangat dah lame x makan kat kfc.nak lepas geram la ni..tengok dalam plate 2,ayam ada,kentang ada..nak makan yang mane satu ni?
sekian

Bola punye pasal;"JABULANI " menakutkan

Salam...Penjaga gol Sepanyol,Iker Casillas menyifatkan bola Adidas yang akan digunakan di Piala Dunia Afrika Selatn sebagai menakutkan.Beliau juga menyetujui penjaga gol lain yang tidak puas hati dengan rekaan bola yang akan digunakan pada Piala Dunia dan menyifatkannye 'menakutkan'.Casillas berkata:"Ia adalah sesuatu yang menyedihkan apabila pertandingan besar seperti Piala Dunia memaparkan sesuatu yang menakutkan sebagai eleman penting,seperti keadaan bola ini".Penjaga gol Brazil pula,Julio Cesar mengelarkan bola Adidas itu 'teruk' dan menyamakan dengan barangan di kedai runcit.Casillas jugak berkata,"bukan penjaga gol saja yang merungut mengenainye".sekian

Sunday, May 30, 2010

Cara berkesan utk melepaskan tension?

salam....tension...tension....apa nak wat lau masalah ni terjadi ek?xtau la pendekatan yang bagaimana yang blh sattlekan masalah ni.tapi lau korang nak cuba selesaikn masalah tension, aku ada idea.macamni,cube korang pegi tempat yang paling sunyi pastu korang jerit la kuat2 ati(AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAARRRRRRRRRRRRRRRRHHHHHHHHHHHHHH..........).aa camne, cube la...(eeemmm..tension siot x de idea....).sekian.

Saturday, May 29, 2010

Media,bola sepak Brazil dan badminton Malaysia.

Salam... Pasukan Brazil di piala dunia dari awal lagi sudah memberi pendekatan kurang mesra dan suasana meriah bersama media.Pihak pengurusan pasukan Brazil tidak mahu pemain dibuai tumpuan berlebihan oleh pihak media."Tumpuan akan hanya datang apabila kejuaraan digapai",kata Dunga.Dan bagi episod pasukan badminton Malaysia yang gagal di Thomas Cup menyalahkan media berikutan liputan yang meluas tersebut menjadi punca kegagalan skuad tersebut.
Masalah yang ditimbulkan oleh kedua2 pasukan ini sama kerana melibatkan media.Cuma bezanya Brazil tidak mahu kegagalan di piala dunia nanti akan melibatkan pihak media.Berlainan pulak dengan pasukan badminton negara yang telah menyalahkan media apabila tumpas di Thomas Cup.Brazil mungkin nampak dan mengkaji episod lepas mengenai kegagalan mereka di Jerman 2006 disebabkan suasana meriah bersama pihak media.Tetapi tidak bagi pasukan badminton negara yang tidak mengkaji kegagalan sudah.Pasukan negara hanya menyalahkan media setelah tumpas di Thomas Cup.Ini sekaligus menampakkan kelemahan dari pihak pengurusan badminton negara yang langsung tidak membuat kerja rumah mengenai kegagalan lepas.hanya mudah menyalahkan pihak lain atas kecuaian sendiri.sekian.

Friday, May 28, 2010

Senarai ranking pasukan di piala dunia

1-Brazil
2-Sepanyol
3-Portugal
4-Belanda
5-Itali
6-Jerman
7-Argentina
8-England
9-Perancis
13-Grecce
14-USA
15-Serbia
16-Uruguay
17-Mexico
18-Chile
19-Cameroon
20-Australia
21-Nigeria
24-Switzerland
25-Slovenia
27-Ivory Coast
30-Algeria
31-Paraguay
32-Ghana
34-Slovakia
36-Denmark
38-Honduras
45-Jepun
47-Korea Selatan
78-New Zealand
83-Afrika selatan
105-Korea Utara

Thursday, May 27, 2010

Sedapnye mee bandung

Salam...entah ape la aku malam ni nak sangat makan mee bandung.dah macam orang ngidam la pulak... tapi mee bandung memang kesukaan aku,x penah nak jemu la.lagi2 lau mak aku yang masak,emmm.... memang terangkat la.dah banyak kedai makan yang aku pegi tapi tak same la ngan hasil tangan mak aku. lagi2 lau banyak perencahnye(letak daging,udang besar,ayam...perhhh).silap2 hari minggu ni aku suruh mak aku masak mee bandung.. dah lame jugak aku x pekena mee bandung mak aku.Dah2x...rase macam dah nak makan sangat mee bandung ni.aku rase macam nak kuar cari kedai makan je...oklah aku kuar dulu,nak pekena mee bandung dlu,caw dulu....sekian.

Wednesday, May 26, 2010

Boleh bersinar ke bintang afrika?

Salam..mereka mungkin cukup digeruni di kelab masing2.Mereka jugak cukup hebat bila beraksi di eropah.Tapi adakah mereka akan terus hebat dan bersinar apabila mewakili negara masing2.sekali imbas Cameroon n Ivory Coast seakan hebat kerana pasukan ini memiliki Eto'o n Didier Drogba.Kehebatan pemain ini tidak dapat dinafikan lagi apabila memberikan trophy kpda kelab masing2.Adakah rakan2 pasukan mereka dapat membantu mereka mencipta gol seperti aksi mereka di Eropah.Jadi sama2lah kita saksikan kehebatan mereka di piala dunia 2010.sekian

Tuesday, May 25, 2010

Terjebak daging black papper

salam....asalnye aku x tau langsung pasal masak daging black papper tapi aku telah terjebak coz wife aku ni nak masuk pertandingan masakan(masak daging black papper)tertutup kampung aku jew.jadi malam sebelum pertandingan tu aku cube2 la cari resepinye kat internat.dah jumpa dan siap salin resepinye tugas mencari barang utk masak daging black papper pun bermula.terpakselah menggagahkan diri laupun macam males je nak g...dah beli barangnye semua,bermulalah utk memerap daging tersebut.sesi memerap ni melibatkan wife,mak dan adik aku.pas siap memerap tungggu la esoknye utk dimasak.keesokan paginye pas siap masak maka bermulalah ptandingan tu.sebelum g pertandingan tu aku rase la dulu.emmm...memang kaww..2x rasenye.walaupun hanye dapat no 3...dah kire oklah tu,lagi xdapt langsungkan....
lau korang nak test masakan ni aku sertakan resepinye.korang testlah.pasti best giler siot....
DAGING BLACK PAPPER.

bahan-bahannye(2 orang):
-daging lembu(batang pinang)
-blackpapper.
-sos tiram.
-sedikit madu.
-susu cair.
-sedikit mayonis.
-bawang putih.
-bawang besar.
-halia.
-garam,ajinomoto,gula n minyak masak.

cara-cara:
-daging kenalah hiris2 jangan tebal sangat, pastu bawang putih,bawang besar n halia dikisar lumat.blackpapper dtumbuk kasar,hiris sikit bawang besar.
-daging yang dihiris tadi hndklah diperap bersama sos tiram,black papper n madu...lau bole perap satu malam, paling x 1jam.
-panaskan kuali dan masukkan halia,bawang besar n bawang putih sehingga warna keemasan.
-masukkan daging...tambah sedikit air tunggu sehingga masak,masukkan bawang besar sehingga layu.
-last sekali masukkan susu cair, sedikit mayonis n jangan lupe garam,ajinomoto,gula secukup rase.nak nampak best tabur la sikit daun sop.
-pastu dah boleh la lau nak melantak,,
sekian.

Saturday, May 22, 2010

Milik siapa Mahkota liga juara2 eropah

Salam....pasukan mana yang bakal menjadi 'raja' kelab eropah.Pertembungan antara Inter Milan VS Bayern Munich.Kedua2 pasukan ingin menambah koleksi kejuaraan setelah merangkul kejuaraan liga negara masing2.dan kita dapat melihat pemain buangan Real Madrid iaitu Arjen Robben dan Wesley Sneijder akan kembali semula ke Santiago Bernabeu.Kita juga akan dapat saksikan jurulatih terbaik dunia iaitu Jose Mourinhbo dan Louis Van Gaal mengunakan taktik dan strategi utk menumbangkan pasukan lawan.sekian.

Wednesday, May 19, 2010

Gaji seminggu RM950'000.00?

bSalam....pekaba geng?.Aku rasakan lau aku kumpul gaji aku sepuluh taun pun lum dapat duit sebanyak RM950'000.00.ni senang2 je seminggu dapat gaji banyak tu.senang la hidup orang ni.Orang yang aku maksudkan adalah Fernando Torres,pemain bola sepak Sepanyol n Liverpool.Chelsea telah memberikan tawaran yang lumayan jikalau Torres bersetuju utk ke kelab EPL ni.Chelsea jugak berkeinginan utk mendapatkan pemain Liverpool iaitu Bennayoun.Tapi sebelum tu Chelsea terpaksa la bersaing dgn Barcelona yang jugak berminat utk mendapatkan tandatangan torres.Barca sanggup menjual Zlatan Ibrahimovich utk mendapatkan torres disamping David Villa dan Cesc Fabregas.Belum pun lagi World Cup membuka tirainye,banyak sudah kelab2 dunia membuat tawaran utk mendapat pemain yang dihajati.Dengan kekurangannye pemain penyerang berkaliber dalam skuad Manchester United,Alex Ferguson telah pun berusaha utk mendapatkan tandatangan Karim Benzema yang kurang bermain utk Real Madrid.

Monday, May 17, 2010

Tersisihnye bintang di Piala dunia

Salam... selang beberapa hari saja lagi World Cup 2010 di Afrika Selatan akan membuka tirai,jadi ramai la pasukan yang telah menyenarai pendek senarai 30 pemain sebelum 23 pemain yang akan didaftarkan ke Piala Dunia sebelum 1 jun ini.Terdapat jgk kejutan2 yang berlaku,antaranye Perancis telah menyisihkan pemain berprofil tinggi dari Real Madrid iaitu Karim Benzema disamping Patrick Viera dari Manchester City utk ke piala dunia.Pasukan Holland pulak telah menyingkir Ruud Van Nistelrooy(Hamburg) dan Clarance Seedorf(Ac Milan).bagi Argentina,bintang veteran mereka Zennatti dan Estaban Cambiaso(Inter Milan) tidak tersenarai dalam pasukan Maradona ini.Maradona jgk tidak begitu berminat dengan pemain tengah Real Madrid Fernando Gago.Cukup malang bagi Ronaldinho hanya diletakkan didalam senarai nama simpanan disamping Alexander Pato(Ac Milan) yang langsung tiada didalam perancang Dunga.
Jerman dan England terpaksa meratapi ketiadaan Micheal Ballack(Chelsea) dan David Beckham(Los Angelas Galaxy) gara2 kecederaan ketika bermain utk kelab masing2.Sekian...

Saturday, May 15, 2010

Lee chong wei pemain no 1 dunia?

Salam...selayaknye ke datuk lee chong wei dinobatkan pemain no 1 dunia? setelah kite semua saksikan kekalahan beliau di piala thomas 2010 kepada Lin Dan yang berlangsung di Kuala Lumpur.Tidak dinafikan rangking pemain no 1 dunia tersebut telah diiktiraf oleh Persatuan Badminton Dunia dgn mengikut kiraan mata yang diberi.Tetapi kekalahan kepada Lin Dan telah membuka mata dan menjadi persoalan kepada kita semua.Dgn rekod pertemuan pemain no 1 dan 2 dunia ni berpihak kepada Lin Dan dgn 14 kemenangan dan 6 kekalahan kepada Chong Wei.Selayaknye dan secara tak rasmi pemain no 1 dunia harus diserahkan kepada Lin Dan.Apatah lagi dgn permainan bersahaja Lin Dan ketika membenam cabaran Chong Wei dalam piala thomas 2010.Chong Wei begitu bergelut utk menewaskan Lin Dan dalan setiap perlawanan.Tetapi aku tetap berbangga dgn usaha Chong Wei yang memberikan komitmen 100% utk menewaskan Lin Dan sekaligus utk menaikkan nama MALAYSIA. sekian

Thursday, May 13, 2010

Ini TUNGAU rupanye........

Salam.......mcm ni rupanye tungau,dah mcm alien la pulak....tak sangka pulak binatang yang halus ni buruk rupe nye.ishhh... tak sangka kan.sebenarnye ada kawan aku sorang ni teringin sangat nak tengok rupa tungau camne.lau nak tunjuk yang betul2 ni memang susah nak nampak.jadi utk tidak menghampakan kawan lama aku ni,terpaksalah aku mencari gambar tungau ni.dan sekarang boleh la dia tengok puas2.lagi satu ...aku rasa org2 yang tinggal kat kota,ada yang tak tau binatang tungau ni.

Tuesday, May 11, 2010

World Cup 2010 di Afrika Selatan

salam........inilah senarai kumpulan yang menyertai world cup 2010.

Monday, May 10, 2010

Mutu pengadilan bolasepak liga Malysia

Salam....sebelum aku nak mengulas isu ini panjang lebar lagi,aku nak ucapkan tahniah kepada pengadil Malaysia(subkidin mohd salleh)yang berjaya "melayakkan" diri ke piala dunia 2010 di Afrika Selatan.Mungkin ini sajalah yang dapat dibanggakan oleh rakyat Malaysia di piala dunia.Utk mengharapkan pasukan Malaysia layak ke piala dunia,emmm........entah bila la impian nak jadi kenyataan.Dan tahniah jugak kepada FAM kerana mengantung 4 pengadil atas kecuaian mengadili perlawanan liga Malaysia.
Oklah....tak payah la hendak terus berbangga dengan secebis kejayaan tersebut.Kembali dengan isu pengadilan di liga Malaysia.Aku rasa memang isu pengadilan ini tak pernah nak "settle2".Memang la pengadil ni manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan.Aku tak nafikan,pengadil dunia pun ada melakukan kesilapan.. lau tak,takkan pasukan Perancis boleh layak ke piala dunia 2010 atas bantuan tangan Thierry Henry.Maradona pun dapat "anugerah" tangan emas dek sesaat kesilapan pengadil.Tetapi kesilapan yang dilakukan oleh pengadil negara kita ni aku rasa terlalu remeh.dan aku rasa kalau diberikan tugas tu kepada budak2 sekolah pun boleh jalankan tugas dgn baik.
Isu pengadil ni sebenarnya merujuk kepada perlawanan liga super antara Selangor menentang Johor FC yang berlangsung di Shah Alam(Astro arena ada membuat secara langsung perlawanan tersebut).Dan aku rasa satu Malaysia pun tau kot..... Hampeh la sikit ngan kekalahan Johor fC ni.Sebab aku ni penyokong Johor FC...... Menyentuh mengenai gol pertama Johor FC yang dibatalkan,bagi aku dan peminat bola yang tengok secara langsung di tv bersetuju ngan aku tiada berlaku kesalahan dalam situasi tersebut.Tiada offside yang berlaku malah golkeepper Selangor sedikit pun tidak dikasari.Dan linesman mengangkat bendera menyatakan ada berlaku kesalahan dalam situasi tersebut.HEY...linesman, ape lah alasan yang ko nak berikan dalam situasi tersebut.dah sah2 linesman ni melakukan kesilapan budak tadika.jagan la ko tunjuk "kebodohan" tu.
Satu lagi kesilapan bodoh yang dilakukan pengadilan pada perlawan tersebut semasa Selangor memperolehi sepakan penalti.Sebelum tu aku nak ucapkan syabas utk player Selangor(Shafiq Rahim)"lakonan" anda sungguh berkesan.Nanti aku usulkan kat FAM supaya wat anugerah "pelakon"terbaik perlawanan.Aku akui memang ada sedikit sentuhan dari player Johor FC,dan Shafiq sudah melepaskan diri.tetapi selepas tu Shafiq dgn sengaja menjatuhkan diri.dah la bola jauh dari kaki..... pengadil yang berada di belakang situasi tersebut terus meluru dan melayangkan kad kuning kepada player Johor FC
(Aku ingatkan nak bagi player Selangor kad kuning)Seterusnya memberikan sepakan penalti kepada Selangor.Yang menjadi persoalannye pengadil yang berada berdekatan situasi tersebut tak nampak "lakonan" dari Shafiq atau pengadil tertidur semasa kejadian tersebut.
Wahai pengadil2 bola sepak di Malaysia.Jangan la tunjukkan sangat kelemahan pengadilan di Malaysia.Apa gunanye FAM buat banyak kursus pengadilan,kalau mutu pengadilan seburuk ini.Jangan hanya teori saja yang dapat dilakukan dgn berkesan.tapi praktikkan la di tengah padang,agar penyokong yang hadir setiap perlawanan tak menjerit "reff" bodoh,kayu dan sebagainye.Diharap adalah perubahan dimasa akan datang mengenai mutu pengadilan di Malaysia.........OK

Saturday, May 8, 2010

tottenham hotspurs menyertai elit EPL
kekalahan 0-1 kepada spurs membuatkan manchester city kempunan utk menduduki tempat keempat liga sekaligus tidak tersenarai dalam empat pasukan EPL ke liga juara2 eropah utk musim depan.ini menunjukkan kuasa wang yang dimiliki city tidak dapat" membeli" semangat juang spurs.peter crouch muncul wira utk kemenangan spurs sekaligus memberikan beliau harapan utk berada didalam skaud cappello utk ke piala dunia 2010 di afrika selatan jun ini.
mourinho merindui england
kerancakkan EPL menggamit mourinho utk kembali ke england.selepas 3 tahun meninggalkan england,beliau inginkan kembali utk cabaran EPL.ini menguatkan lagi spekulasi beliau akan membimbing manchester united selepas persaraan alex ferguson.tetapi ada desas desus mengatakan beliau akan melatih real madridutk musim depan.sama2lah kita tunggu jurulatih yang penuh "keegoan"dan slumber ini membuat keputusan.
keajaiban wigan ditagih fergie
manchester united menagih ihsan wigan utk mencapai kemenangan keatas chelsea.united dan chelsea perlu menang utk menentukan siapalah rajaEPL utk musim 2009/2010.kekalahan atau seri utk chelsea akanmenobatkan MU sebagai juara EPL musim ni.sama2lah kita saksikan perlawanan tumpuan antara chelsea vs wigan dan MU vs stoke

dlias farm....







ternakan lembu dan kambing ni adalah satu cabang perniagaan yang aku minati.minat aku mula berputik semasa ayah aku membeli 2 ekor lembu 10 tahun yang lalu.sehingga la ianya menjadi satu cabang niaga utk famili aku.sekarang ternakan lembu kami sudah membiak sehingga 42 ekor.tetapi sebelum mencapai tahap tu banyak masalah yang kami tempuhi.dengan kematian lembu disebabkan diracun oleh manusia yang khinat dan penuh hasat dengki,dan pernah jgk dicuri oleh orang2 yang nak cepat kaya.sehingga kami seperti putus asa utk memajukan ternakan ni.disebabkan minat mengatasi segalanya aku sekeluarga teruskan jgk bidang ni.baru2 ni kami telah membuat projek fidlot dgn berskala kecil(tak mampu nak wat besar modal ciput)utk memasukkan lembu penjantan.bagi ternakan kambing ni aku sebenar baru jgk berjinak2.dalam 3 tahun rasenye.dengan bermodalkan lebih kurang rm15k,aku mulakan projek ternakan kambing ni.mula2 aku beli kandang kambing yang orang nak jual.kandangnye memang bagus lagi boleh la bertahan lame.pastu aku beli 8 induk kambing jamnapari dan satu baka jantan.tak la susah mane menjaga kambing ni sebenarnye,tak mcm orang cakap(risiko tinggi lau bela kambing).pada aku bela kambing ni senang sebab lau dah kenyang dan sampai waktunye balik..die balik ke kandang sendiri,tak mcm lembu lau dah lepas dari pagar elektrik(pagar kawalan)memang lah kena mencari.tak reti nak balik sendiri.selepas 2 tahun,ternakan kambing aku memang menjadi sehingga mencecah 45 ekor.dan mase ini jugakla dugaan datang.separuh daripada kambing aku mati dek termakan racun tikus yang ditabur pihak pengurusan feda technoplant.perhhh...hampir luluh ati aku.penat pun ye jgk,pe taknye nak menanam seekor2 kambing ni.nasib baik la sebelum termakan racun sempat jgk aku jual kambing tu.lau tak lagi la hampeh.......tapi tak pe la tu semua dugaan dari tuhan.harap2 aku ta mengalah dengan dugaan tersebut.dan impian aku hanya la satu hendak membesarkan lagi projek ni.......DLIAS FRAM.(insyaallah)

Friday, May 7, 2010

keindahan ciptaan tuhan




kedamaian yang ku cari.....masih belum terbukti.....jauh lagi perjalanan ini......jiwa tak pernah tenteram.......

Thursday, May 6, 2010

jom...mancing (pontian)

salam....kali ni aku nak cite pasal mancing pulak.....1 mei lepas aku ngan adik aku(panggil je acit)ada plan nak gi pancing kat sungai belakang rumah arwah wak lan..saje je nak layan semilang ngan duri .jadi tepat jam 11.30 pagi,aku ngan wife,anak2,ayah n mak bertolak menuju ke rumah mak long kat pontian.lepas sejam suku perjalanan setibanye di ayer baloi adik bongsu(norit) aku call wife aku utk menanyakan aku sama ada nak gi mancing x belah malam.tunang norit ni sebenarnye ada bot.boleh la muat 4 org.malam ni tunang norit(farid) ni free.jadi aku on je la.terus aku mesej acit.acit tentunye x menolak.dalam pada tu ayah yg mendengar berita tu dari tempat duduk belakang pun nak join.apa lagi aku, sampai je kat umah mak long,terus aku keluar gi cari umpan ruatruat.lepas siap segala persiapan,tepat jam 9.00mlm...aku,ayah,acit n farid bertolak dari jeti pontian besar.sebelum memancing kitorang g memasang jaring utk mencari umpan anak ikan.selepas setengah jam mencari anak ikan,kitorang pun terus menuju ke tempat yang djanjikan iaitu tukun berdekatan ngan kelong darat,selepas 40minit mmancing kat situ....hampeh coz ikan kurang rancak makan umpat kami.jadi kami berempat terpaksa la mencari tukun lain.baru 10mnt kami stay kat situ,joran ayah dah disentap ikan,melendut giler joran ayah,,tapi hampeh sebab ikan yang dijangkakan besar tu terlepas dari genggam.selepas sejam kami memancing,kami hanye mampu menaikkan gelama je 3 ekor.dalam berkira2 kami nak layan semilang kat muara pontian besar,joran aku kena sentap,kelam kabut aku dibuatnye.sebenarnye ni la first time aku layan ikan kat laut.kaki aku dah gegel giler la.ganas giler siot,farid yang dah ada pengalaman mengagakkan ikan pari yang akan aku naikkan...disebabkan aku ni xde pengalaman aku suruh farid naikkan..jeng...jeng...jeng....jangkaan farid memang tepat.joran aku dapat naik kan seekor pari dalam 2kg.perhhhh...puas siotttt...mcm x caye pulak.cume terkilan sikit sebab bukan aku yang naikkan pari 2.selang setengah jam kemudian joran acit dsambar ikan.walaupun ikan xla besar mane yang kami bimbang kan adalah joran acit,kerana acit memakai joran sungai ngan tali kecik,tapi dgn ke'terror'annye dapat la dia mendaratkan ikan tebal pipi seberat 0.8kg.diikuti ngan farid jgk ngan tebal pipi bersaiz lebih kurang macam acit naikkan tadi.utk mengakhiri trip kitorang malam ni acit telah menaikkan seekor kerapu seberat 1.5kg.bagi memastikan hajat ayah kesampaian,pastu kitorang semua g layan semilang ngan duri kat muara pontian besar.ayah memang minat ikan2 jenis ni sebab ayah suka masak asam pedas,tepat jam 5pg kami mengakhiri xpdc malam ni dengan 1001 kepuasan.....

pemain yang bakal menyinar dipiala dunia 2010

  1. menyentuh pasal pemain yg bakal menyinar dipiala dunia,aku rasa...ada 3 pemain yang bakal menyinar:yang pertama mesti la messi yang permain utk argentina...tapi aku rasa lau dia main utk sepanyol mesti kaww...kaww..kan.dia mempunyai bakat yang semula jadi.tak hairan la lau dia digelar "pencetak gol".yang kedua adalah rooneydia mempunyai kepantasan,cuma mengharapkan kecederaan tidak mengganggu rooney.dan yang ketiga adalah ronaldo.seperti yang diketahui semua..ronaldo mempunyai bakat yang tinggi.sikit egois dan suka provokasi pihak lawan.

piala dunia 2010 Afrika selatan



aku rasa sekarang ni ramai yang memperkatakan piala dunia 2010 di Afrika selatankan.maklum la lebih kurang sebulan lagi sepak mulanye akan bermula.aku yakin ramai yang dah meneka2 pasukan mana akan muncul juara..macam aku jgk la.dan mengharapkan pasukan kesayangan mereka untuk menjadi juara...pun mcm aku jgk.menyentuh pasal pasukan kesayangan tentu aku pilih Brazil,dengan pemain yang berkemahiran tinggi yang dimiliki brazil,aku yakin pasukan ni boleh pegi jauh.dan satu lagi pasukan kegemaran aku adalah England.tapi aku rasa,walaupun pasukan england ni sukar utk pegi jauh...tapi aku mengharapkan capello wat sesuatu utk england wat kejutan.

Wednesday, May 5, 2010


salam perkenalan,ni birthday zakwan yg ke 3