salam

halaman utama

Monday, August 30, 2010

Ayam Panggang Bermadu


Bahan-bahannya:
-Satu ekor ayam.
-Madu.
-Ketumbar.
-Jintan putih.
-Lada hitam.
-Garam.
-Paprika.
-Bawang putih(dikisar)
-Sedikit gula.
-Sedikit air.

Cara-cara membuatnya:
-Gaulkan kesemua bahan2 tadi dan lumurkan ke atas ayam.
- Kemudian bungkus ayam tadi dan diperapkan semalaman.
-Untuk membakarnya,hendaklah menggunakan ketuhar convection di dalam suhu 180 darjah celcius selama 40 sehingga 45 minit.terbalikkan ayam selang 20 minit.
-kemudian boleh la dihidangkan.

Sunday, August 29, 2010

Senarai Pasukan Liga Juara Eropah 2010/2011

Senarai Pasukan Liga Juara Eropah 2010/2011

Wednesday, August 25, 2010

'Pencuri Hati Kelas Satu......AYU'(episod 2)




Salam... Aku dah mintak pada Dara utk sampaikan hadiah perkenalan pada Ayu.Harap2 terbuka la hati dia utk terima aku.Tapi kenapa sampai sekarang dia tak balas?.Sudah seminggu aku tunggu reaksinye.Tapi hampeh... dia senyap je.Dara saja tipu aku ke atau Ayu memang benci sangat kat aku?Macam2 yang bermain dalam fikiran aku... Agaknye dia dah tak nak maafkan aku sampai bila2 kot.
ADUH!!!! masa2 macam ni la kena ada kawan.Si Sapi pun satu,tibe2 je berhenti sekolah.Walaupun budak2 lain tak tau,pening jugak fikirkan masalah si Sapi ni.Memang la kami kawan baik sejak dari 'FORM 1',tapi tak tau pulak aku bila dia mula mencuri di dorm ni.Nak dijadikkan cerita,kena tangkap ngan pengetua pulak tu.
Sapi...Sapi.. kalau ko ada,senang hidup aku Kau mesti ada perancangan yang boleh tolong aku ngan Ayu.Ini tidak,sampai kena tulis kat dalam buku ni sebab aku dah serabut,tak tahu nak buat apa! Apa pun,kau masih kawan baik aku sampai sekarang.Aku harap Ayu akan maafkan aku dan berikan aku satu peluang lagi.Aku sanggup buat apa je.Aku tak akan putus asa dan terus mencuba utk mendekati kau AYU.Sapi dah tak ada, Ayu pulak tak bagi apa2 jawapan.ARRHHHHHHH...... SERABUT SIOT KEPALA AKU!!!!

Tuesday, August 24, 2010

'Pencuri Hati Kelas Satu......AYU'(episod 1)



Salam.... citer ni bermula dengan penangan cinta dari si Ayu.Aku betul2 tak sangka yang aku akan jatuh cinta giler! dengan budak perempuan ni.Dulu tersangat la bangga aku menjadi Presiden Persatuan Anti-Perempuan sampai sibuk menghasut budak2 sekolah.Tapi sekarang...? ape dah jadik beb.... Aku pulak jadi MAT BUNGA(dalam hati ada taman...hihihi).Malu siot,mane la aku nak letak muka ala2 mafia aku ni?Semua orang dok menyindirkan aku,termasuk la member rapat aku.Mereka berpakat gelakkan aku.Lagi2 si Sapi tu.ARHHHH......peduli ape aku ngan sindiran diorang.Apa yang aku tau hati aku dah suka..suka..suka..ngan si Ayu tu.nak wat camner kan!Yang penting aku dah jatuh cinta.
CINTA ITU MISTERI,memang pelik kan!kata orang lau dah dila
mun cinta ,angau jadinye...kepala dah takde ingat lain dah...cinta..cinta..cinta..Macam aku sekarang ni la.Setiap hari terfikirkan AYU jek,budak baru tu.Dalam otak aku sekarang ni hanya wajah Ayu je berlegar2 AYU,AYU,AYU!...arhhh...Sejak dia masuk sekolah ni,hati aku dah terpaut padanya.Bagi aku dia ada sesuatu yang betul2 menarik minat aku.Ayu bukan je cantik,Tapi sikap yang lemah lembut dan sopan tu betul2 buat aku angau.
Tapi dia nak ke kat aku ni yang perangai mcm setan?Yela 'BUDAK SETAN' mcm aku ni ada ke "MINAH SOPAN SANTUN' nak dekat.Semua orang takut nak dekat ngan aku.Tambahan lagi hari tu teruk aku belasah si Halim depan Ayu.Bertambah benci la agaknya dia pada aku.Tapi sebenarnye Halim tu 'PLAYBOY',dah memang patut kena ajar.Baru padan ngan muka dia.Bak kata orang,baru'BUKU BERTEMU RUAS......................................sekian

Monday, August 9, 2010

Piala Perisai Komuniti 2010 milik Manchester United

Salam... sori la rase dah lame aku tak mengadap blog aku ni.aku pun tak tau nape... keinginan utk aku menulis ni pun sebab Manchester menang dalam Piala Perisai Kominiti 2010 menewaskan musuh ketatnye,Chelsea.Syabas la wat pasukan MU.lebih membanggakan dapat score 3 gol.permulaan yang baik bagi MU utk menghadapi musim 2010/11.kejayaan MU ini jugak dilihat sebagai amaran awal mereka dalam misi merampas semula gelaran liga perdana England daripada Chelsea.
Pertembungan dua pencabar utama ni jugak banyak di dominasi oleh United yang menurunkan dua player baru,Javier Harnandez yang menjaringkan satu goal dan Chris Smalling yang dibeli dari Fulham.Ini adalah kali ketiga dalam masa 4 tahun United berjaya menjulang gelaran Piala Perisai Komuniti selepas tahun 2007 dan 2008.